Adakah ini kisah mitos?fantasi?imaginasi?: Misteri Lost City of Atlantis

Sejak ribuan tahun lalu, manusia sentiasa tertarik dengan kisah sebuah kota yang dikatakan lebih maju daripada zamannya. Kota itu dikenali sebagai Atlantis  sebuah tamadun yang dikatakan wujud, namun hilang tanpa sebarang jejak..macam biasa lah kisah macam ni selalu hilang tanpa jejak..haha
Kisah ini pertama kali diceritakan oleh ahli falsafah Yunani, Plato.Dalam tulisannya, beliau menggambarkan Atlantis sebagai sebuah kerajaan yang kaya, maju, dan memiliki teknologi yang luar biasa pada zamannya.

Namun, sesuatu yang dahsyat berlaku.
Menurut cerita tersebut, dalam satu malam sahaja, seluruh kota Atlantis tenggelam ke dasar lautan akibat bencana besar  mungkin gempa bumi atau tsunami yang luar biasa kuat. Sejak hari itu, tiada siapa yang pernah menemui bukti jelas kewujudan kota tersebut.
Ada yang percaya Atlantis hanyalah mitos. Tetapi ada juga yang yakin ia benar-benar wujud.

Beberapa pengkaji moden telah cuba mencari lokasi Atlantis. Ada teori mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik, ada juga yang percaya ia berada di sekitar Mediterranean, malah ada yang  mengaitkannya dengan kawasan Asia.

Namun hingga hari ini, misteri Atlantis masih belum terungkai.

Apa yang membuatkan kisah ini lebih menarik adalah persoalan yang belum terjawab adakah Atlantis benar-benar wujud, atau sekadar cerita untuk memberi pengajaran kepada manusia?

Mungkin suatu hari nanti, teknologi moden akan menemui jawapannya. Atau mungkin, Atlantis akan terus kekal sebagai salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia.

Ulasan

Advertisement

Catatan popular daripada blog ini

5 Simple Lifestyle Changes That Can Boost Your Happiness

AI Music Generation: The Future of Sound and Creativity